Carian
Angka Populasi Manusia Di Bumi Melangkaui 8 Bilion Orang
November 16, 2022 Aman

United Nations kini mengumumkan angka populasi manusia di Bumi telah pun melangkaui seramai 8 bilion orang secara rasminya.

Untuk makluman, tiada kiraan yang tepat untuk angka kelahiran dan kematian seluruh dunia. Angka yang dikongsikan oleh UN ini adalah berdasarkan kepada jangkaan dan kiraan kasar oleh UN.

Sebelum ini, bilangan populasi manusia mencapai 1 bilion orang pada 1804, dan seterusnya mencapai dua bilion orang pada 1927.

Sebelum ini, ia telah mencapai angka 7 bilion orang pada 2011 yang lepas, dan kini selepas 11 tahun, nilai tersebut melangkaui 8 bilion orang.

Kadar kelahiran dilihat meningkat di negara-negara miskin terutamanya di benua Afrika, selain negara-negara membangun lain. Walaubagaimanapun, kadar kelahiran seluruh dunia dilihat agak perlahan – terutamanya di negara maju.

Mengikut jangkaan seterusnya, populasi manusia dijangka mencapai 9 bilion pada 2037, dan seterusnya 10 bilion pada 2058.

Komen