Cari @ Amanz

Garmin juga mempunyai barisan peranti boleh-pakai yang memfokuskan terhadap golongan kanak-kanak. Terbaharu Garmin Bounce telah diumumkan dengan sambungan LTE DAN GPS terbina, sekaligus membolehkan para ibu bapa serta dan penjaga berkomunikasi dengan mudah bersama anak-anak.

Proses adalah mudah di mana ibu bapa boleh terus berhubung dan ketahui lokasi anak-anak dengan ciri pengesanan lokasi yang boleh diakses melalui aplikasi Garmin Jr yang diselaraskan pada telefon pintar mereka.

Selain daripada mengesan lokasi, ibu bapa serta penjaga turut boleh berkomunikasi secara mesej teks dan suara secara dua hala. Ini termasuklah menghantar pelbagai emoji, sama ada berbunyi atau sebaliknya. Turut disertakan adalah ciri bantuan yang memboleh anak-anak menghantar amaran kepada keluarga secara langsung sewaktu di dalam bahaya atau kesusahan.

Dalam pada itu, terdapat juga mod sekolah khusus yang mampu mengehadkan gangguan untuk membantu anak-anak kekal fokus sewaktu berada di dalam bilik darjah atau kelas. Beberapa ciri dan pemberitahuan tambahan lain termasuklah LiveTrack, sokongan aktiviti kesihatan dan kecergasan, kebolehan penggeras dan fungsi jam randik.

Kapasiti bateri tidak dinyatakan secara khusus tetapi diiklankan mampu bertahan mencapai dua hari penggunaan dengan sekali pengecasan. Kesemua ciri ini dimuatkan dalam, seutas jam tangan dengan kerangka plastik empat segi dan tali sejenis silikon. Skrin yang digunakan adalah sejenis LCD berwarna sebesar 1.3-inci dan beresolusi 240 X 240 piksel.

Jam tangan ini boleh didapati dalam pilihan warna seperti hijau, hitam dan ungu dengan harga jualan $150 (~RM681).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd