AMD Memperkenalkan HYPR-RX – Perbaiki Mutu Gaming Dengan Menekan Satu Butang Sahaja

Diterbitkan pada Nov 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sewaktu pelancaran siri kad grafik AMD Radeon RX 7900, AMD turut memperkenalkan sejumlah teknologi-teknologi baru yang dilihat akan memperbaiki mutu gaming, yang dilihat cukup berguna khususnya apabila anda tidak tahu tetapan apakah yang perlu diubah untuk mendapatkan prestasi terbaik.

Oleh kerana itu, AMD memperkenalkan teknologi HYPR-RX, iaitu sebuah ciri yang menggabungkan kesemua teknologi-teknologi penambahbaikan grafik AMD seperti FidelityFX Super Resolution, Radeon Boost dan Radeon Anti-Lag kedalam satu tetapan yang mana pengguna hanya perlu menekan satu butang untuk mengaktifkannya.

Tugas HYPR-RX disini ialah untuk mencari tetapan grafik terbaik untuk resolusi permainan yang digerakkan dan berfungsi pada tahap pemandu perisian, dimana pengguna tidak perlu mengubah sebarang tetapan dalam permainan untuk mendapatkan prestasi terbaik.

Satu kekurangan yang diperkatakan oleh AMD dengan penggunaan ciri ini ialah tetapan untuk Radeon Super Resolution ialah berdasarkan FSR 1.0, yang mana jika permainan yang anda mahu mainkan menyokong FSR 2.0, ia tidak akan memberi olahan grafik yang terbaik.

Tetapi fungsi HYPR-RX ini ialah untuk memudahkan proses menetapkan tetapan untuk pengguna, jadi untuk permainan-permainan sebegini, anda mungkin akan perlu mengaktifkan ciri seperti FSR 2.0 secara manual dalam permainan.

AMD mengesahkan bahawa teknologi HYPR-RX ini akan diperkenalkan sekitar pertengahan tahun hadapan dan akan menyokong sejumlah kad grafik AMD seperti AMD Radeon RX 7900, 6900 dan 5900.

komen


© Amanz / 2022 Kami