WhatsApp Kini Memudahkan Anda Melakukan Bancian Dan Tinjaun

Diterbitkan pada Nov 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selari dengan demam PRU yang melanda Malaysia, kini pihak WhatsApp turut telah mula memperkenalkan sebuah ciri baharu pada platform mereka, yang memudahkan pengguna mengundi dalam melakukan pemilihan pada sesuatu perkara.

Dengan langkah ini, sesiapa dalam sesuatu kumpulan atau sembang individu, boleh menghasilkan persoalan berbentuk bancian atau tinjauan dengan sejumlah pilihan jawapan. Seterusnya, ia boleh diterbitkan pada permesejan – dan pengguna lain boleh mengundi.

Ciri baharu ini juga memudahkan pengguna dalam mendapatkan maklumbalas atau membuat keputusan berkaitan sesuatu perkara.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, boleh menyemak ciri ini dengan tap pada butang “Attachment”, dan seterusnya memilih Tinjauan.

komen


© Amanz / 2022 Kami