Razer Menaiktaraf Palam USB 3.2 Ke USB 4 Komputer Riba Blade 14 Melalui Kemaskini Perisian

Diterbitkan pada Nov 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Razer baru-baru ini telah mengumumkan bahawa kesemua palam-palam USB 3.2 Gen2 pada komputer riba Razer Blade 14 mereka telah dinaiktarafkan ke USB4 melalui kemaskini perisian.

Secara lazimnya, penaiktarafan sebegini perlu dilakukan secara fizikal kerana piawaian diantara USB 3.2 dan juga USB4 adalah cukup berbeza. Misalnya, dari segi kelajuan, palam USB 3.2 Gen2 mempunyai kelajuan rasmi 20Gbps, manakala USB4 mempunyai kelajuan penghantaran data rasmi 40Gbps.

Ia dijangka bahawa komponen palam USB yang digunakan dalam komputer riba Razer Blade 14 2022 ini sudahpun melepasi piawaian untuk digunakan sebagai USB4, tetapi kerana isu pepijat yang perlu diselesaikan dan juga pensijilan yang perlu didapati daripada USB-IF terlebih dahulu.

Ini cukup menarik kerana dengan kemaskini ini, palam-palam USB pada komputer riba tersebut akan menerima penaiktarafan kelajuan dua kali ganda lebih pantas secara percuma.

komen


© Amanz / 2022 Kami