Anda sedang berkira-kira untuk membeli atau menambah koleksi tablet? Inilah masa yang sesuai untuk anda pertimbangkan tawaran menarik daripada Samsung, di mana mereka mengumummkan kemaskini harga baharu untuk beberapa model tablet di bawah siri Galaxy Tab S6 dan Galaxy Tab S8. Potongan harga sehingga RM500 diberikan dan senarai lengkap tawaran baharu ini adalah seperti di bawah :
- Galaxy Tab S6 Lite (4GB + 64GB) – RM1,249
- Galaxy Tab S8 (8GB + 128GB) – RM3,199
- Galaxy Tab S8+ (8GB + 256GB) – RM4,299
- Galaxy Tab S8 Ultra (12GB + 256GB) – RM5,399

Seperti yang dapat dilihat, Samsung menawarkan potongan harga RM250 untuk model Galaxy Tab S6 Lite yang kini boleh dibeli pada RM1,249. Kemudian diikuti dengan Galaxt Tab S8 sebanyak RM100 yang menjadikannya kini berharga RM3,199 dan Galaxy Tab S8+ pula boleh dibeli pada RM4,299 dengan diskaun RM300. Paling menarik adalah Galaxy Tab S8 Ultra yang boleh dimiliki pada RM5,399, di mana RM500 lebih murah berbanding harga jualan asalnya.
