Apple Kini Menguji Ciri Always-On Display Seakan Android Pada iPhone 14 Pro

Diterbitkan pada Nov 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Akhirnya, selepas bertahun menantikan ciri yang sudah lama ada pada Android – Apple menyertakan Always-on Display pada iPhone 14 Pro. Tetapi ciri AOD pada peranti ini berfungsi seakan Apple Watch, di mana skrin hanya malap sambil kekal memaparkan gambar latar belakang, widget, jam dan notifikasi.

Pada peranti Android, AOD adalah skrip gelap sepenuhnya kerana ingin jimat bateri dan hanya memaparkan maklumat penting. Kini melalui iOS 16.2 beta 3, Apple akhirnya menguji ciri AOD mirip peranti Android – di mana pengguna boleh paparkan jam dan widget sahaja. Tiada lagi latar belakang dan notifikasi adalah pilihan.

Dengan ciri AOD seperti ini, ketahanan skrin akan menjadi lebih lama kerana kurang masalah tunaskrin. Kemudian ciri seperti ini turut akan menjimatkan bateri kerana skrin tidak aktif jika hanya warna hitam. Sebelum ini ciri seperti ini hanya boleh digunakan pada iPhone 14 Pro melalui Do Not Disturb dan dengan kemaskini ini, pengguna lebih mudah mengakses AOD lebih baik ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami