YouTube Shorts Kini Boleh Meletakkan 60 Saat Lagu Berbanding 15 Saat

Diterbitkan pada Nov 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

YouTube Shorts adalah pesaing TikTok, tetapi penawaran YouTube kepada pencipta kandungan tidak begitu menarik. Contohnya, alat suntingan yang ala kadar, tidak banyak ciri menarik dan lagu yang boleh dimasukkan hanya terhad kepada 15 saat sahaja.

Selepas pelbagai aduan, YouTube kini membenarkan pencipta kandungan meletakkan 60 saat lagu kepada video Shorts masing-masing. YouTube telah mengemaskini pelesenan mereka agar perkara ini dibenarkan. Walaupun begitu, beberapa lagu akan terhad kepada 30 saat sahaja kerana lesen penggunaan yang terhad.

Ciri ini akan mula diedarkan secara berperingkat pada minggu hadapan. Pengguna Android dan iOS akan melihat bahagian pemilihan audio akan mempunyai lagu dengan durasi mencapai 60 saat. Durasi lagu 60 saat ini adalah selari dengan durasi video pendek YouTube Shorts yang juga terhad kepada 60 saat.

komen


© Amanz / 2022 Kami