Warner Bros. Ingin Menawarkan Platform Penstriman Video Percuma Dengan Iklan
Fahim Zahar
Warner Bros. atau Warner Bros. Discovery kini diketuai oleh David Zaslav. Dengan pengawasan beliau, pelbagai strategi pengeluaran produk, produksi kandungan dan perniagaan diolah semula. Antaranya, platform penstriman video mereka HBO Max tidak lagi akan terus menyiarkan filem baharu yang ditayangkan di pawagam.
Terkini, laporan Hollywood Reporter mendedahkan yang pasaran pengiklanan Warner Bros. adalah sangat lemah. Bahkan, ia adalah lebih lemah berbanding musim COVID lepas. Mereka juga kerugian sebanyak $3 bilion pada tahun 2021 selepas membelanjakan $7 bilion untuk menghasilkan kandungan.

Kini dengan HBO Max sedang memfokuskan kepada kandungan asli dan hanya menawarkan kandungan yang mereka rasakan akan digemari oleh para pelanggan – Warner Bros. mungkin akan kembali mengaut keuntungan.
Selain itu, mereka turut berhasrat untuk membangunkan platform penstriman video percuma dengan sokongan iklan bagi bersaing dengan Tubi dan Pluto. Tetapi disebabkan pembangunan platform penstriman video ini akan memakan kos yang tinggi, ia mungkin tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat.