Sejak kebelakangan ini kita sering disajikan dengan kemaskini untuk telefon baharu Oppo iaitu siri Reno9. Boleh jadi akan terdapat sekurang-kurangnya tiga variasi diumumkan yang merangkumi Reno9, Reno9 Pro dan Reno9 Pro+. Reka bentuknya juga telah tertiris menerusi beberapa imej pengolokan yang menunjukkan ketiga-tiga variasi mungkin berkongsi rekaan yang sama.
Mengulas lanjut, tarikh pelancaran untuknya kini telah ditemui tular di arena web sebelum dikhabarkan dipadam. Ia menunjukkan satu kad jemputan yang bertulis pelancaran tersebut dijadualkan berlangsung di China pada 24 November 2022. Tiada maklumat lain yang didedahkan, dalam masa sama pihak Oppo juga masih belum memuatnaik sebarang kemaskini bagi membenarkan hal yang tular ini.
Oppo juga masih tidak diketahui sama ada akan meneruskan pengguna cip Marisilicon X pada model kemaskini baharu ini atau sebaliknya. Apapun sama-sama kita nantikan kemaskini yang akan datang.