Elon Musk Minta Pekerja Bekerja Lebih Masa, Atau Tinggalkan Syarikat
November 16, 2022
Web 2.0
Aman
CEO Twitter, iaitu Elon Musk kini memaklumkan semua pekerja syarikat media sosial tersebut, memaklumkan supaya semua bekerja lebih masa, atau meninggalkan syarikat tersebut.
Emel tersebut dihantar oleh Elon Musk kepada semua pekerja, selepas pelbagai siri membuang pekerja kebelakangan ini.
Elon Musk mengatakan membangunkan Twitter 2.0 pada dunia yang kompetitif kini memerlukan lebih fokus, dan kerja lebih masa setiap hari. Disamping itu, Elon Musk turut menyatakan kepada semua yang mana Twitter akan lebih ke arah kejuruteraan dan pembangunan dibawah beliau.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.