Carian
Cip Qualcomm S5 Gen 2 Dan S3 Gen 2 Dilancarkan Dengan Audio Spatial Dan Nirhilang
November 17, 2022 Effi Saharudin

Ciri audio paling diminta pengguna menurut kajian Qualcomm ialah audio nirhilang dan audio spatial. Ciri-ciri ni masih belum disokong sepenuhnya pada peranti Android memandangkan terdapat halangan teknologi. Menerusi cip Qualcomm S5 Gen 2 dan Qualcomm S3 Gen 2, ia akan akhirnya menjadi realiti bermula tahun hadapan.

Kedua-dua cip ini telah diumumkan di acara Snapdragon Summit yang berlangsung hari ini. Ia akan membawakan sokongan audio spatial lengkap dengan penjejakan kedudukan kepala dan juga audio nirhilang menerusi sambungan bluetooth 5.3. Berdasarkan pungutan suara yang dilakukan oleh Qualcomm, 41% responden mengatakan mereka sanggup berbelanja lebih untuk aksesori audio dengan sokongan audio spatial.

lco

Sokongan dari tahap perkhidmatan dan perkakasan masih lagi terhad pada platform pada waktu ini tetapi dengan pelancaran Qualcomm S5 Gen 2 dan S3 Gen 2 jurang antara Android dan iOS kini boleh dirapatkan.

Selain itu cip turut membawakan sokongan pembatalan hingar aktif Qualcomm Adaptive Active Noise Cancellation, audio dengan masa pendam serendah 48 ms untuk sesi gaming. Mod tembus turut disokong. Satu berita buruk yang perlu disampaikan ialah cip Qualcomm S5 Gen 2 dan Qualcomm S3 Gen 2 hanya akan muncul pada fon telinga, fon kepala dan speaker pada separuh kedua 2023.

Komen