Carian
Google Play Store Akan Memberi Peringatan Untuk Mengemaskini Aplikasi Bermasalah
November 17, 2022 Fahim Zahar

Google kini akan menyenaraikan segala perubahan yang berlaku setiap kali Play Services dikemaskini. Untuk kemaskini November 2022, pengurusan akaun dan sistem telah diperbaiki, beberapa ciri baharu Google Wallet diperkenalkan dan Play Store akan lebih memudahkan pengguna. Berikut adalah apa yang diperkenalkan;

Pengurusan Akaun

Jika peranti mempunyai had masa penggunaan, mengubah masa pada jam melalui sistem tidak akan memberikan sebarang kesan.

Play Store

  • Play Store 33.3
    • Pengguna lebih mudah mencari aplikasi dan permua yang diminati.
    • Muat turun dan pemasangan aplikasi lebih pantas.
    • Play Protect akan terus memastikan peranti pengguna selamat.
    • Paparan hasil keputusan carian baharu.
    • Peringatan mengemaskini aplikasi yang tergendala.
    • Format paparan baharu untuk menu mod kanak-kanak pada skrin besar.
    • Membenarkan kemaskini melalui data mudah alih jika sambungan WiFi terhad.

Google Wallet

Beberapa perubahan untuk pengguna luar negara dan penjual boleh mengubah ikon GPay. Untuk pengguna, pengesahan transaksi akan dihantar melalui emel jika melakukan pembayaran atas talian menggunakan GPay.

Komen