Cip Snapdragon 8 Gen 2 diumumkan semalam sebagai yang pertama daripada Qualcomm dengan sokongan ray tracing secara terbina. Dengan perkakasan sudah mula dikeluarkan, persoalan permua pertama yang menyokongnya terjawab dengan pengumuman War Thunder Edge.
Permainan yang sebelum ini hanya ditawarkan di PC dan konsol kini hadir ke peranti mudah alih. Qualcomm mengesahkan sendiri War Thunder Edge ialah permua pertama akan menyokong ray tracing pada hari pertama permua dilancarkan. Beberapa demo versi Beta yang diperlihatkan pagi tadi di Snapdragon Summit menunjukkan perbezaan grafik versi biasa dan ray tracing.
Objek dalam permainan nampak lebih realistik keran pencahayaan yang menyerupai dunia sebenar. Pada kereta kebal misalnya bayang-bayang pada runut dan roda jelas kelihatan bukan sekadar objek 3D yang kelihatan rata. Mod beta untuk War Thuder Edge akan diumumkan kelak tetapi tarikh pelancaran sebenar masih lagi misteri.