Siri Honor 80 bakal diperkenalkan di China pada 23 November hadapan dan pelbagai maklumat mengenainya yang didedahkan telah menjadi tumpuan sejak beberapa hari ini. Paling terkini, spesifikasi kamera untuk telefon pintar ini telah didedahkan menerusi ciapan di Weibo.
Butiran menunjukkan telefon pintar ini akan menawarkan peningkatan kamera yang ketara. Di mana Honor akan menampilkan kamera utama 160MP di belakang. Ia dikhabarkan menggunakan sensor Samsung ISOCELL HPX 200MP yang disesuaikan.
Dalam masa masa, terdapat juga pihak berpendapat Honor sekadar menggunakan perisian untuk proses mengambil gambar pada resolusi yang besar. Lain-lain konfigurasi kamera masih belum didedahkan setakat ini.