Cari @ Amanz

Evernote, salah satu aplikasi catatan nota yang popular suatu ketika dahulu, kelihatan semakin kurang digunakan dari hari ke hari. Terbaru, hari ini Evernote mengumumkan mereka telah memeterai perjanjian untuk diambil-alih oleh Bending Spoons.

Transaksi pemindahan dan pengambil-alihan sepenuhnya dijangka selesai pada 2023 kelak. Nilai transaksi yang terlibat dalam pengambil-alihan ini tidak diketahui lagi.

Untuk makluman, Bending Spoons mempunyai beberapa aplikasi dengan angka pengguna yang tinggi, termasuk seperti Remini dan juga Splice.

Dengan diambil-alih ini, Evernote dijangka akan terus memfokuskan kepada sokongan catitan nota, disamping produktiviti dan juga kolaborasi.

Evernote turut menekankan yang mana mereka akan kekal memfokuskan kepada memastikan data kekal selamat dan terus memfokuskan dalam memperkembangkan jenama mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd