Cari @ Amanz

Realme C30s kini ditawarkan secara rasminya untuk pasaran Malaysia. Harga jualannya adalah bermula RM399 untuk variasi 3GB/32GB, sementara itu 4GB/64GB pula boleh didapati pada RM499. Ketersediaan adalah bermula 25 November 2022 menerusi kedai atas talian dan pengedar sah rasmi Realme di seluruh Malaysia.

Terdapat juga promosi menarik yang disediakan, di mana telefon pintar ini boleh dibeli serendah RM367 (3GB/32GB) dan RM459 (4GB/64GB). Ia bagaimanapun sah untuk pembelian yang dibuat diantara tarikh 25 – 27 November sahaja menerusi kedai atas talian rasmi dan pengedar sah Realme di Shopee serta Lazada.

Untuk spesifikasi, Realme C30s dilengkapi skrin sebesar 6.5-inci LCD HD+ dengan nisbah skrin-ke-badan mencapai 88.7%. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Unisoc SC9863A, memori sehingga 4GB RAM dan storan dalaman mencapai 64GB. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong port sambungan Mikro-USB. Kamera utama sebesar 8MP, sementara itu kamera swafoto pula 5MP.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd