Komponen Intel Dan NVIDIA Terbaru Diperlihatkan Dalam Samsung Galaxy Book Pro Akan Datang

Diterbitkan pada Nov 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

2023 semakin hampir, dan dengan ini, pelancaran sejumlah komponen-komponen komputer yang baru, khususnya untuk pasaran komputer riba. Terkini, terdapat butiran penanda-aras yang memperlihatkan bahawa NVIDIA mungkin akan memperkenalkan kad grafik komputer riba NVIDIA GeForce RTX 4000 tidak lama lagi.

Butiran mengenai Samsung Galaxy Pro Book telah diperlihatkan baru-baru ini, dan ia hadir dengan dua komponen yang masih belum diperlihatkan oleh Intel dan NVIDIA lagi, termasuklah CPU Intel Core i7-13700H dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4050.

Butiran ini diperlihatkan melalui penanda-aras PugetBench yang memperlihatkan butiran kedua-dua komponen ini. Cip pemprosesan Intel dilihat hadir dengan 14 teras dan 20 bebenang dengan penggunaan kuasa 45W, manakala kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4050 dilihat sebagai penaiktarafan daripada NVIDIA GeForce RTX 3050.

Komponen-komponen ini, dan penawaran komputer riba dijangka akan diperkenalkan awal tahun hadapan, seperti secara lazimnya di acara Consumer Electronics Show 2023 kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami