Meta Memudahkan Anda Melihat Perbelanjaan Pengiklanan Berkaitan Politik

Diterbitkan pada Nov 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mungkin ramai yang tidak ketahui, Meta menyediakan sebuah halaman khusus dalam memudahkan orang ramai menyemak perbelanjaan berkaitan pengiklanan pada platform mereka – meliputi Facebook dan juga Instagram.

Melalui Meta Ad Library Report, ia menyediakan paparan mengikut sesuatu Facebook Page berkenaan berapa banyak yang dibelanjakan dalam tempoh semalam, 7 hari lepas, 30 hari lepas, 90 hari lepas dan juga sejak Ogos 2020 lepas.

Disamping data tersebut, ia turut memaparkan perbelanjaan pengiklanan berkaitan politik mengikut kadar perbelanjaan – dan pengguna boleh klik dan melihat iklan apakah yang sedang dijalankan, termasuk berapa banyak yang dihabiskan oleh sesuatu Facebook Page dalam berkempen dan menyampaikan hasrat politik masing-masing.

Mengikut perkongsian pihak Meta, sejak Ogos 2020 lepas, sejumlah lebih RM10 juta telah dibelanjakan pada platform tersebut dalam pengiklanan berkaitan politik, pilihanraya dan juga isu sosial.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak data ini di laman Meta Ad Library hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami