Volkswagen Membangunkan Kerusi Pejabat Elektrik Yang Boleh Bergerak Pada Kelajuan 20km/j

Diterbitkan pada Nov 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Volkswagen, salah satu jenama pengeluar kenderaan popular, kini telah hadir dengan sebuah kerusi untuk pejabat, yang menariknya turut hadir dengan sokongan bergerak pada kelajuan 20km/j.

Kerusi elektrik ini dilengkapi sokongan pengecasan elektrik, dan mampu bergerak sejauk 12 kilometer dengan bateri yang dicas penuh.

Kerusi ini juga turut dilengkapi beberapa sokongan, termasuk pengecas USB, lampu LED dihadapan, selain turut dilengkapi hon. Pada masa yang sama, ia menyertakan ruangan untuk komputer riba atau dokumen – serta turut dilengkapi sensor khusus untuk elak ia berlanggar.

Volkswagen dilihat membangunkan kerusi pejabat elektrik ini untuk tujuan pemasaran. Ia tidak diketahui sama ada mereka akan komersilkannya atau sebaliknya.

komen


© Amanz / 2022 Kami