Intel FakeCatcher Mampu Mengesan Video Deepfake Dengan Ketepatan 96%

Diterbitkan pada Nov 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Teknologi Deepfake membolehkan wajah individu ditampal pada wajah individu lain dalam video. Ini boleh menimbulkan fitnah sekiranya teknologi digunakan untuk tujuan yang salah. Untuk mengesan pemalsuan ini juga bukan mudah kerana teknologi Deepfake semakin matang. Oleh itu Intel melancarkan perisian FakeCatcher yang menurut mereka mempunyai ketepatan 96% mengesan pemalsuan dalam video.

Yang menjadikan FakeCatcher menarik ialah, kecerdasan buatan ini mengesan aliran darah untuk membezakan video asli dengan video palsu. Pada wajah manusia sebenar, perubahan pada kulit boleh dikesan kerana darah mengalir. Ini tidak berlaku pada wajah yang ditampal menggunakan teknologi seperti DeepFake.

FakeCatcher dibangunkan oleh Ilke Demi dari Intel Labs dan Umur Ciftci dari State University of New York at Binghamton. 

komen


© Amanz / 2022 Kami