Samsung Galaxy Z Fold4 Dan Buds2 Pro Edisi Genshin Impact Dilancarkan Di Korea

Diterbitkan pada Nov 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bagi peminat permainan Genshin Impact, Samsung Galaxy Z Fold4 dan Buds2 Pro edisi permua ini telahpun dilancarkan di Korea Selatan. Peranti hadir dengan rekaan watak Ganyu dengan kesemua aksesori yang diberikan berwarna biru.

Selain kerangka, Z Fold4 edisi Genshin ini turut menawarkan buku, pelekat dan buah kunci juga dengan tema watak Ganyu. Pada Buds2 Pro edisi Genshin pula, kerangka khas diberikan bersama dengan buah kunci dan pelekat. Pada waktu ini kedua-dua aksesori edisi khas Genshin Impact ini hanya ditawarkan untuk pasaran Korea Selatan.

Beberapa produk edisi khas Z Fold4, dan Z Flip4 sebelum ini juga ditawarkan secara terhad di pasaran terpilih sahaja. Sekiranya anda meminati permainan Genshin Impact dan ingin membeli peranti ini anda perlu ke Korea Selatan.

komen


© Amanz / 2022 Kami