CEO TikTok Mengatakan Twitter Berisiko Tinggi Tanpa Pasukan Pengawas Kandungan

Diterbitkan pada Nov 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

CEO TikTok kini melalui sebuah temuramah menyatakan Elon Musk mengambil risiko tinggi dengan membuang pasukan keselamatan dan pengawas kandungan pada Twitter.

Seperti ramai sedia maklum, Elon Musk sedia membuang sejumlah pekerja mereka, termasuk pasukan melibatkan sekuriti dan keselamatan kandungan.

CEO TikTok menyatakan pasukan sedemikian adalah terlalu penting untuk platform sosial, dan TikTok sendiri sedia mempunyai angka pekerja yang tinggi dalam memantau kandungan dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama CEO TikTok mengatakan beliau tidak ingin mengkritik sesiapa buat masa ini, dan ia terlalu awal untuk melihat apakah perancangan Elon Musk untuk platform Twitter.

komen


© Amanz / 2022 Kami