Carian
Hanya iPhone 15 Pro Dijangka Mempunyai USB-C Berkelajuan Tinggi
November 18, 2022 Aman

Sejak beberapa bulan yang lepas, ia telah diperkatakan Apple akan menyertakan penyambung USB-C pada iPhone 15 tahun hadapan – selari dengan pengenalan peraturan baharu di Eropah.

Selari dengannya juga, kini penganalisa popular Ming-Chi Kuo berkongsi ramalan, mengatakan hanya iPhone 15 Pro dan juga iPhone 15 Pro Max akan hadir dengan USB-C dengan kelajuan pantas, menyokong USB 3.2 atau Thunderbolt 3.

Sementara model iPhone 15 dan iPhone 15 Plus dijangka mengekalkan kelajuan USB 2.0 – sama seperti pada Lightning sedia ada hari ini pada iPhone.

Dengan langkah ini, ia dijangka memberikan lebih sebab untuk pengguna beralih ke iPhone Pro berbanding model biasa – yang sedia diasingkan dari segi penawaran cip pemprosesan dan juga kamera.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan perkembangan iPhone 15 ini daripada pihak Apple.

Komen