Meta Menambah Kemudahan Carian Perniagaan Pada WhatsApp Business
November 18, 2022
Aplikasi
Aman
Meta hari ini menambah keupayaan melakukan pencarian pada WhatsApp Business – sekaligus membolehkan para pengguna untuk melakukan carian perniagaan setempat berhampiran dengan mereka.

Buat masa ini, ciri baharu ini diperkenalkan di Brazil, Indonesia, Mexico, UK dan juga Kolombia. Pengguna boleh melakukan carian mengikut kategori – seterusnya menemui kedai-kedai baru, serta menyokong pelbagai pekedai tempatan.
Bersama dengan ini juga, Meta menguji kemudahan pembayaran terus melalui WhatsApp dengan melakukan pautan kad debit atau kredit. Ciri pembayaran ini diuji di Brazil sahaja buat masa ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.