Carian
Pemegang Saham Digi Dan Celcom Bersetuju Untuk Pengabungan Syarikat
November 18, 2022 Aman

Pengabungan syarikat telekomunikasi Digi dan Celcom kini menghampiri penghujungnya, apabila selepas menerima pengesahan kebenaran daripada pihak SKMM, kini para pemegang saham Axiata Group dan juga Digi turut telah bersetuju untuk gabungkan syarikat.

Dengan langkah ini, kedua-dua syarikat telekomunikasi Digi dan Celcom akan bergabung menjadi Celcom Digi Berhad.

Celcom-Digi Gabung

Ini juga akan menjadikan ia adalah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia selepas gabungan. Selari dengannya, kita akan melihat beberapa perubahan, termasuk impaknya kepada Yoodo yang diminta untuk diasingkan sama ada dijual atau ditutup operasinya.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan langkah seterusnya oleh kedua-dua syarikat ini dalam membentuk gergasi baharu di Malaysia.

Komen