Twitter Blue Tidak Boleh Dilanggan Akaun Baharu Bawah 90 Hari

Diterbitkan pada Nov 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter Blue dipercayai akan kembali ditawarkan kepada pengguna laman media sosial ini pada 29 November. Ia digantung sementara selepas Twitter mengalami masalah penyamaran akaun rasmi yang serius. Kini menurut laporan The Verge, akaun baharu yang berusia bawah 90 hari tidak akan dibenarkan melanggan.

Ini adalah salah satu langkah keselamatan yang diambil untuk mengelakkan akaun palsu dibuat dengan pantas lengkap dengan calit pengesahan identiti. Akaun Twitter Blue juga akan kehilangan tanda calit ini apabila nama ditukar, ia akan hanya dipaparkan semula selepas Twitter melakukan semakan identiti.

Penawaran Twitter Blue dilihat sebagai antara cara Elon Musk untuk meningkatkan pendapatan syarikat. Semua ini mungkin tidak berguna jika syarikat terpaksa ditutup dalam masa terdekat. Sejak 24 jam yang lalu lebih 75% kakitangan Twitter enggan menandatangani ikrar untuk bekerja keras sekiranya ingin kekal bekerja di bawah Musk.

Oleh sebab itu pejabat Twitter ditutup sekali lagi dengan terdapat laporan yang tidak dapat disahkan mengatakan syarikat kini hanya mempunyai beberapa ratus pekerja sahaja yang tinggal.

komen


© Amanz / 2022 Kami