FoodPanda Menghentikan Penghantaran Sementara Sehingga 12 Tengah Hari Untuk PRU15
November 19, 2022
Aplikasi
Aman
FoodPanda kini menghentikan sementara semua pilihan penghantaran pada aplikasi mereka, bersempena dengan hari Pilihan Raya Umum Ke-15 hari ini.
FoodPanda menyatakan semua pilihan penghantaran akan dihentikan sementara sehingga 12 tengah hari, pada hari ini.

Orang ramai diminta membuat pilihan untuk mengambil di kedai untuk sementara itu. Dengan langkah ini, ia memberikan ruangan kepada semua rakan penghantar FoodPanda untuk menyelesaikan tanggungjawab mengundi mereka pada pagi hari.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.