Portal “MySPR Semak” Sukar Untuk Diakses Pada Pagi PRU15

Diterbitkan pada Nov 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bagi para pengundi dan pemilih, salah satu laman yang dituju pada pagi hari mengundi adalah laman MySPR Semak. Ini adalah untuk mengetahui lokasi dan juga saluran mengundi pada pagi ini.

Namun, laman berkenaan dilihat menghadapi masalah untuk diakses. Masalah tersebut berlaku sejak daripada semalam, 18 November 2022 – dan dilihat masih belum diatasi sehingga ke hari ini.

Perkara sama juga dialami ketika menggunakan aplikasi – sama ada mengambil masa yang terlalu lama untuk dimuatkan, atau tidak berjaya untuk diakses.

Bagi para pengundi dan pemilih, anda boleh ke pusat mengundi dan melakukan semakan saluran mengundi anda melalui pasukan SPR di sana.

komen


© Amanz / 2022 Kami