Microsoft Kembalikan Semula SwiftKey Untuk iOS Selepas Tamatkan Ia Oktober Lepas

Diterbitkan pada Nov 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft kini dilihat mengembalikan semula aplikasi papan kekunci popular, SwiftKey untuk pengguna iOS.

Sebelum ini, Microsoft mengumumkan akan menamatkan ia pada Oktober 2022 – namun, kini ia dikembalikan semula atas permintaan ramai. Ia tidak diketahui mengapa Microsoft memilih untuk menamatkannya sebelum ini.

Pada masa yang sama, Microsoft turut menyatakan mereka akan melakukan lebih pelaburan pada aplikasi papan kekunci mereka ini.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan apakah perkara baharu yang bakal dibawakan pada SwiftKey. Bagi anda yang menggunakan iPhone, boleh memuat-turun SwiftKey pada iOS hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami