Carian
Fon Telinga Nirwayar Wiko Buds 10 Berharga RM129 Di Malaysia
November 20, 2022 Amy Maizuraa

Wiko sedia berkongsi mengenai perancangannya untuk hadir dengan fon telinga nirwayar buat pengguna di Malaysia. Melaluinya, Wiko Buds 10 telah diperkenalkan dengan harga jualan RM129 seunit. Bagi yang berminat, ia sudah sedia untuk dibeli menerusi kedai rasmi dan pengedar sah Wiko di seluruh Malaysia.

Wiko Buds 10 merupakan set fon telinga nirwayar jenis separa terbuka dengan gabungan pod pengecas berbentuk segi empat. Ia kemudiannya digabungkan dengan sepasang pemandu audio sebesar 12mm yang turut menyokong sistem pembatalan hingar aktif terbina. Kawalan sesentuh disokong oleh fon telinga ini yang merangkumi kebolehan tekan dan tahan untuk sokongan lebih pelbagai.

Tambatan pantas boleh dibuat menerusi sambungan Bluetooth 5.2, selain ia turut melepasi penarafan IPX4 sebagai pelindungan tambahan. Bateri 500mAh pula menjanjikan ketahanan sehingga 30 jam penggunaan dengan bantuan pod pengecas dan proses pengecasan semula adalah sekitar satu jam.

Komen