Antara isu besar peranti Android ialah kemas kini yang tidak tidak diberikan dengan pantas dan kadang kala mengambil masa berbulan lamanya. Lebih tragis sekiranya anda memiliki peranti tidak mercu sehingga tiada kemas kini diterima. Samsung menjadi pengeluar pertama menjanjikan kemas kini sehingga empat versi Android pada peranti keluaran mereka. Untuk menarik lebih banyak pengguna, mereka kini berikrar untuk memberikan kemas kini dengan lebih pantas.
Bermula tahun 2023, kemas kini akan dipercepatkan lagi. Tahun ini siri Galaxy S22 telah menerima Android 13 sejak bulan ini, awal sebulan berbanding kemas kini Android 12 tahun lalu. Selain kemas kini yang lebih pantas, ia akan diberikan kepada lebih banyak peranti secara serentak.
Proses pemberian kemas kini Samsung adalah antara yang terbaik sekarang berbanding lima tahun lalu ia adalah antara yang terburuk. Bagi memberikan persaingan kepada Apple, syarikat pengeluar Android perlu mengikuti langkah mereka yang memberikan kemas kini secara serentak di peringkat global.