Cari @ Amanz

Sebelum ini Xiaomi memfailkan beberapa paten peranti skrin boleh-lipat. Ada yang kelihatan seperti Fold ada juga yang kelihatan seperti Mate X. Tetapi setakat ini hanya peranti Mi MIX Fold sahaja telah dilancarkan. Tetapi ini sebuah prototaip peranti Xiaomi yang mirip sebuah Mate X telah tertiris.

Skrin luar membuka keluar dengan terdapat satu bonggol besar pada sisi yang menempatkan sistem kuad kamera. Peranti dilengkapi Snapdragon 855 dan juga bateri sebesar 3500 mAh. Tidak diketahui mengapa peranti ini tidak dilancarkan tetapi besar kemungkinan keran isu skrin yang terdedah. Di China terdapat banyak laporan rekaan skrin terbuka keluar ini lebih mudah rosak berbanding yang digunakan pada MIX Fold dan Z Fold.

Yang masih belum ditawarkan oleh Xiaomi ialah pesaing kepada siri Flip dengan hanya Motorola dan Huawei sahaja menawarkan peranti dengan rekaan yang hampir sama. Dengan harga peranti skrin boleh-lipat dijangka akan menjadi semakin murah tahun demi tahun, mungkin tahun 2023 kita akan dapat melihat lebih banyak peranti dengan rekaan sebegini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd