Mikrofon Røde NT-USB+ Dengan Preamp Terbina Dilancarkan Untuk Rakaman Audio Profesional

Diterbitkan pada Nov 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Røde NT-USB dilancarkan sedekad yang lalu dan dengan pantas menjadi mikrofon pilihan bagi mereka yang ingin melakukan rakaman dengan kualiti studio di rumah. Ia menjadi pilihan untuk rakaman podsiar kerana kualiti audionya yang baik. Minggu ini Røde NT-USB+ telah dilancarkan sebagai model kemas kini.

Ia kini mempunyai preamp dan DSP terbina untuk memberikan kualiti rakaman audio yang lebih baik berbanding model terdahulu. Dengan ini menyasarkan golongan pemuzik, penghasil podsiar, dan penstrim permainan video. Dengan mikrofon yang digunakan, audio frekuensi rendah dan hingar dari latar belakang boleh ditapis untuk rakaman audio yang kedengaran lebih bersih.

Sambungan adalah menerusi kabel USB-C supaya ia boleh digunakan pada komputer, tablet dan telefon pintar. Terdapat sambungan untuk fon kepala supaya audio yang dirakam boleh didengari dengan jelas semasa mikrofon digunakan. Røde NT-USB+ dijual pada harga $229 (~RM1043) sebuah dengan tapak meja serta penyaring angin untuk mikrofon.

komen


© Amanz / 2022 Kami