AMD Ryzen Threadripper Zen 4 Dijangka Hadir Dengan 96 Teras

Diterbitkan pada Nov 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas melancarkan siri cip pemprosesan AMD Ryzen 7000 dan kad grafik AMD Radeon RX 7000, tiba giliran cip pemprosesan kelas produktiviti dan industrial mereka pula, iaitu AMD Ryzen Threadripper.

Cip pemprosesan Threadripper secara lazimnya hadir dengan jumlah teras dan bebenang kuasa yang banyak untuk memmpercepatkan tugasan produktiviti seperti olahan grafik 3D, tugasan pengiraan, tugasan yang memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi dan sebagainya.

Butiran CPU Ryzen Threadripper 7000 yang juga hadir dengan kod nama Storm Peak dan dilihat hadir dengan sekurang-kurangnya tiga model, termasuklah pilihan 64 teras dan 128 bebenang kuasa dan dua model dengan 96 teras dan 192 bebenang kuasa.

Dari segi spesifikasi lain, ia juga dilihat hadir dengan sokongan untuk sistem memori DDR5 dengan 12-saluran, 160 saluran PCIe 5.0 yang boleh menyambungkan sehingga 10 kad grafik ataupun lebih banyak storan SSD PCIe 5.0.

Ia dijangka bahawa AMD akan menjual CPU ini didalam sistem komputer siap-pasang apabila ia mula dipasarkan kelak, dan hanya akan dijual bersendirian di masa hadapan.

komen


© Amanz / 2022 Kami