Pelancaran untuk Vivo X90 telah dijadualkan berlangsung pada 22 November 2022. Terdapat sekurang-kurangnya tiga model berbeza yang bakal dilancarkan yang merangkumi Vivo X90, Vivo X90 Pro dan Vivo X90 Pro+. Spesifikasi penuh juga telah tertiris menerusi perkongsian PriceBaba.
Jelas kelihatan, ketiga-tiganya berkongsi sejumlah besar spesifikasi utama yang sama. Ini termasuklah skrin 6.78-inci AMOLED (2800×1260 piksel) dengan kadar segar semula 120Hz. Cip MediaTek Dimensity 9200 juga digunakan dengan padanan memori berasaskan LPDDR5 RAM dan storan berasaskan UFS 4.0. Sedikit kelebihan pada versi Pro+ yang menyokong memori berasakan LPDDR5X RAM.
Perbezaan yang ketara boleh dilihat pada tetapan kamera dan kapasiti bateri. Di mana, Vivo X90 Pro+ akan dilengkapi kamera utama 50MP Sony IMX989 (f/1.75) + lensa potret 50MP Sony IMX758 (f/1.6) (2 x zum optikal) + lensa ultra-lebar 48MP Sony IMX598 (f/2.2) + lensa telefoto 64MP OV64B40 (f/3.5) dan kamera hadapan 32MP.
Seterusnya Vivo X90 Pro pula menggunakan 50MP Sony IMX866 (f/1.75) + 50MP (potret dengan kebolehan 2X zum optikal) (f/1.6) + 12MP (ultra-lebar) (f/2.0) dan kamera swafoto 32MP. Sementara itu, kamera pada Vivo X90 pula terdiri dengan 50MP Sony IMX866 (f/1.75) + 12MP (potret dengan 2x zum optikal) (f/2.0) + 12MP (ultra-lebar) (f/2.0) dan kamera swafoto 32MP.
Bukan itu sahaja, ketiga-tiganya juga mempunyai kapiti bateri dan sistem pengecasan yang berbeza. Di mana Vivo X90 Pro+ menggunakan bateri 4,780mAh yang menyokong sistem pengecasan berwayar 80W serta nirwayar 50W. Variasi pro pula dilengkapi bateri 4,870mAh yang menyokong pengecasan berwayar 120W dan nirwayar 50W. Kemudian bateri X90 pula adalah 4,810mAh dengan sistem pengecasan berwayar 120W.
Bagi melihat sejauh mana kebenaran maklumat yang didedahkan ini, sama-sama nantikan pelancaran rasminya esok.