Carian
Dron Elbit Lanius Direka Untuk Melakukan Serangan Bunuh Diri
November 21, 2022 Effi Saharudin

Di Ukraine, kepentingan penggunaan dron di medan perang telah berjaya dibuktikan. Saiznya yang kecil membuatkannya sukar dikesan dan ia mampu memberikan kedudukan tepat musuh yang kemudiannya dibedil menggunakan artileri. Hampir kesemua dron yang digunakan tentera Ukraine adalah dron komersial DJI yang dikomersialkan.

https://www.youtube.com/watch?v=4McPHBQ9pNw

Terkini Elbit System telah melancarkan dron Lanius yang direka boleh melakukan serangan bunuh diri. Lanius ialah dron kecil seberat 1.25 kg dan membawa bahan letupan seberat 150 gram. Ia cukup kecil untuk tiga Lanius dibawa di atas dron induk yang lebih besar. Kemudian apabila sasaran ditemukan, ia boleh terbang sehingga tujuh minit untuk melakukan serangan bunuh diri ke atas musuh.

Kemampuan lain Lanius ialah terbang secara berkumpulan dengan kecerdasan buatan tersendiri menggunakan sistem Nvidia Jetson AI. Mod menanti juga diberikan dengan Lanius diletakkan di depan pintu dan hanya terbang menyerang sasaran apabila kamera mengesan musuh bersenjata.

Komen