Google Hadir Dengan Permainan Mini Bertemakan Piala Dunia FIFA 2022

Diterbitkan pada Nov 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .


Bersempena dengan Piala Dunia FIFA 2022, kini Google turut hadir dengan sebuah permainan mini, membolehkan antara turut memeriahkan sambutan perlawanan bola sepak yang diadakan empat tahun sekali ini.

Melalui enjin carian Google, pengguna hanya perlu melakukan carian berkaitan Piala Dunia FIFA, dan sebuah ikon kecil akan dipaparkan pada bahagian kanan bawah untuk anda memulakan permainan mini. Permainan ini dilihat hanya dipaparkan apabila anda menggunakan peranti mudah-alih sahaja, dan tidak dipaparkan pada versi desktop.

Seterusnya, anda akan ditawarkan dengan sebuah permainan mini untuk menjarikan gol dalam bentuk penalti seberapa banyak yang boleh.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak permainan mini ini melalui enjin carian Google hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami