Cari @ Amanz

Redmi kini dalam persediaan untuk hadir dengan set fon telinga nirwayar baharu. Ia berikutan tularnya beberapa imej pengolokan yang menunjukkan rekaan untuk Redmi Buds 4 Lite menerusi perkongsian oleh 91Mobiles.

Elemen yang sama seumpama Apple Airpods 3 boleh dilihat dengan jelas disini. Di mana, fon telinga sejenis separa terbuka dengan gabungan pod pengecas berbentuk segi empat digunakan. Ini bermakna, ada kebarangkalian ciri pembatalan hingar aktif tidak akan disertakan pada fon telinga ini. Imej dikongsi sekadar memperlihatkan Redmi Buds 4 Lite dalam kemasan serba putih.

Tetapi kita boleh menjangkakan lebih banyak pilihan warna yang tersedia bagi menjadikannya menarik. Sekiranya apa yang dikongsikan benar, ini adalah pengubahsuaikan reka bentuk yang besar berbanding generasi sebelum yang dilengkapi fon jenis dalam telinga tanpa tangkai.

Redmi Buds 3 Lite

Tiada maklumat mengenai spesifikasi dalaman yang didedahkan setakat ini. Namun jangkaan awal mendapati, ciri seperti sokongan tambatan pantas dan kawalan sesentu/suara akan disertakan padanya. Seperti biasa, sama-sama nantikan perkembangan lebih lanjut mengenai fon telinga Redmi ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd