Pelancaran untuk siri Oppo Reno9 telah dijadualkan berlangsung pada 24 November ini. Tiga model berbeza yang telah disahkan hadir yang merangkumi Oppo Reno9, Reno9 Pro dan Reno9 Pro+. Maklumat mengenai spesifikasi dalaman telah mula dikongsi bermula dengan konfigurasi kamera.



Oppo telah mengesahkan bahawa siri Reno9 akan dilengkapi dengan sensor utama 50MP serba baharu. Biarpun belum ada kepastian, tetapi spekulasi awal mendakwa sensor Sony IMX890 akan digunakan bersama-sama dengan kamera ultra-lebar 8MP dan makro 2MP. Turut disertakan adalah sistem penstabilan imej optikal (OIS) yang secara lazimnya gambar yang lebih tajam dan mod malam lebih baik boleh diambil.
Seterusnya cip Marisilicon X juga akan digunakan, tetapi model manakah yang menyokongnya masih belum didedahkan setakat ini. Kita boleh menjangkakan ia sudah semestinya akan digunakan pada model premium seperti Reno9 Pro dan Reno 9 Pro. Tidak ketinggalan, kamera swafoto 32MP dengan sokongan aufokus terbina turut akan dimuatkan ke dalam telefon pintar ini.