Apple sering memperkenalkan iPhone baharu sekitar bulan September. Walaupun terdapat tempoh yang lama lagi untuk pengenalan iPhone 15, kini satu demi satu perkara baharu yang bakal disertakan pada iPhone akan datang tersebut mula kedengaran.
Selepas laporan mengatakan ia bakal dilengkapi USB-C sebelum ini, kini laporan baharu hadir mengatakan iPhone 15 akan dilengkapi dengan rekaan kerangka titanium bersama dengannya.
Ini akan menjadikan binaan iPhone lebih kukuh berbanding hari ini, disamping menjadikannya lebih premium.
Disamping itu, ia juga dikatakan akan membawa bahagian rekaan belakang yang sedikit membujur pada bucu dan tidak lagi bersegi seperti pada iPhone 14 hari ini. Ini sekaligus memberikan gambaran bahagian belakang peranti tersebut akan sedikit membujur seumpama iPhone 5c sebelum ini.
Apa pun, ini sekadar desas-desus awal sahaja, dan mungkin kita akan mendengar lanjut berkenaan iPhone akan datang ini dalam bulan-bulan akan datang.