Ronna, Quetta, Ronto dan Quecto Ialah Kata Awalan Baharu Untuk Unit Ukuran SI

Diterbitkan pada Nov 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mikro, kilo, nano dan piko adalah tiga kata awalan yang kerap kita dengar untuk ukuran unit metrik. Di sekolah dahulu kata awalan unit paling besar ialah yotta untuk angka 1 yang diikuti 24 sifar di belakangnya. Terkini empat kata awalan untuk unit telah diumumkan ketika persidangan agung ke-27 mengenai timbang dan sukatan di Versailles. Empat awalan baharu yang diumumkan ialah

  • Ronna (R) ialah 1027 atau 1 000 000 000 000 000 000 000 000 000
  • Quetta (Q) ialah 1030 atau 1 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 
  • ronto (r) ialah 10−27 atau 0.000 000 000 000 000 000 000 000 001 
  • quecto (q) ialah 10−30 atau 0.000 000 000 000 000 000 000 000 000 001 

Persidangan yang dilakukan empat tahun sekali ini bertanggungjawab menetapkan unit IS yang digunakan di seluruh dunia sebagai pelbagai unit ukuran. Kali terakhir kata awalan unit ukuran baharu diperkenalkan ialah pada tahun 1991 dimana zetta (1021) dan yotta (1024) diumumkan. Ronna dan Quetto ditambah bagi keperluan sains data yang kerana yotta kini sudah lagi tidak mencukupi.

komen


© Amanz / 2022 Kami