Cari @ Amanz

Elon Musk sedia menyatakan hasrat untuk menjadikan Twitter seumpama WeChat, mengintegrasikan pelbagai ciri-ciri padanya.

Terbaru, Elon Musk berkongsi visi Twitter 2.0 bersama sejumlah pekerja perkhidmatan media sosial tersebut, termasuk mengatakan akan menambah sokongan permesejan yang disulitkan penuh, disamping turut menambah sokongan panggilan suara dan juga video.

Ini sekaligus akan membuatkan Twitter menjadi aplikasi komunikasi dikalangan pengguna – sekaligus turut memasuki arena yang didominasi WhatsApp, Google Meet dan sebagainya.

Disamping itu, Elon Musk turut memuji aplikasi permesejan Signal, dan menyatakan pengasasnya berpotensi membantu dalam membangunkan ciri penyulitan penuh pada Twitter.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd