Tecno Pova 4 Akan Ke Pasaran Malaysia Pada Minggu Ini

Diterbitkan pada Nov 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Barisan telefon pintar Tecno bakal dikemaskini dengan penawaran baharu menerusi pengenalan Tecno Pova 4 pada minggu ini – iaitu 25 November 2022. Kalau diikutkan, ia telah dilancarkan di beberapa pasaran terlebih dahulu dengan dua pilihan variasi yang merangkumi Tecno Pova 4 dan Pova 4 Pro. Namun begitu, Tecno mengesahkan hanya model Pova 4 sahaja yang bakal ditawarkan di Malaysia buat masa ini.

Sekiranya ini adalah variasi yang sama seperti sebelumnya, maka ia akan dilengkapi skrin AMOLED 6.66-inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Cip MediaTek Helio G99 digunakan sebagai tunjang utama, di samping bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 18W. Turut disertakan adalah kamera utama 50MP, kamera swafoto 8MP, pembesar suara stereo, menjalankan Android 12 dan sokongan NFC.

Untuk maklumat harga jualan dan ketersediaan akan kami kongsikan di dalam artikel yang akan datang.

komen


© Amanz / 2022 Kami