Cari @ Amanz

Malaysia sudahpun memasuki era 5G dan banyak gembar-gembur yang kita dengar tentang bagaimana rangkaian 5G ini bakal mengubah kehidupan seharian kita. Ini adalah antara sebab mengapa anda perlu bertukar ke arah 5G dan rasai perubahan ketara apabila menggunakan rangkaian ini daripada Unifi Mobile.

Apa Itu 5G?

5G Malaysia

5G merupakan singkatan kepada perkataan 5th Generation yang merupakan terma untuk satu lagi generasi baru untuk rangkaian mudah alih. Jika sebelum ini 2G membolehkan kita untuk menghantar SMS dan MMS, 3G pula membolehkan kita menggunakan internet secara nirwayar dimana-mana sahaja. Manakala bagi 4G pula, ia menekankan kualiti penstriman dan perkongsian di media sosial yang lancar. Tetapi, apa pula yang ditawarkan oleh rangkaian 5G ini dan bagaimana ia mampu memberikan perubahan ketara kepada cara kehidupan seharian anda?

1. Memudahkan Produktiviti Seharian Yang Kini Hanya Di Hujung Jari

Rutin seharian kita hari ini semuanya bergantung kepada sambungan internet. Daripada memesan makanan tengah hari, membuat pembayaran, membaca berita atas talian sehinggalah melayari media sosial sebelum tidur, semuanya perlu bergantung kepada sambungan internet yang stabil. Dengan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia, ia membolehkan kita semua untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih produktif.

Jika anda ingin merasai kelajuan 5G, anda boleh melanggan pelan yang ditawarkan oleh Unifi Mobile seperti pelan Prabayar Unifi Mobile. Anda hanya perlu melanggan pelan permulaannya dan tebus data 5G tanpa had secara percuma dalam masa 72 jam selepas pembelian Pas Tambahan Bulanan pada harga RM35.

2. Hiburan Lebih Menyeronokkan

Bayangkan, anda sedang fokus menonton filem atau siri kegemaran anda secara atas talian. Ketika anda berada di babak paling menarik ketika itu, tiba-tiba paparan menjadi tersekat-sekat, atau lebih teruk lagi – skrin anda statik. Pasti anda berasa agak geram, bukan? Mana tidaknya, pengalaman tontonan kita diganggu oleh sambungan internet yang kurang stabil.

Sebab itulah anda memerlukan internet telefon yang menyokong rangkaian 5G tanpa had dimana-mana sahaja anda berada. Dengan melanggan pelan Ultimate daripada Unifi Mobile (pelan pascabayar), anda dapat menikmati data 5G, panggilan dan mesej tanpa had pada harga RM59 sebulan untuk pelanggan Unifi Home dan RM79 sebulan bagi pelanggan baru. Dengan langganan pelan pascabayar ini, anda tidak akan terikat dengan sebarang kontrak.

Rangkaian 5G dan juga telefon pintar 5G merupakan kombinasi yang mantap jika anda ingin dapatkan pengalaman 5G yang lebih menyeluruh. Dengan melanggan pelan Ultimate bersama pakej peranti pada harga RM79 sebulan, anda juga boleh dapatkan peranti 5G dengan diskaun sehingga RM610 dan pelindung skrin selama 1 tahun. Langganan pelan ini adalah tanpa sebarang bayaran pendahuluan dan ianya khas untuk pelanggan Unifi Home.

Antara telefon pintar yang anda boleh dapatkan adalah seperti Xiaomi 11T, OPPO Reno8 Z 5G dan macam-macam lagi. Jadi, menggunakan telefon pintar yang dipadankan dengan internet telefon yang menyokong 5G daripada Unifi Mobile, anda boleh dapat merasai perubahan ketara ketika menonton filem pada resolusi tinggi, membuat penstriman dan nikmati pelbagai hiburan lain tanpa sebarang gangguan.

3. Proses Komunikasi Lebih Lancar Tanpa Lengah Masa

Pernahkah anda melihat bagaimana orang dulu-dulu membuat panggilan video? Dahulu panggilan video dilakukan menggunakan telefon bergambar dimana ia kelihatan seperti skrin kecil untuk memaparkan video pemanggil yang tidak begitu jelas. Bergerak ke teknologi hari ini, panggilan video hanya memerlukan sambungan internet yang baik pada telefon pintar untuk membolehkan kita berkomunikasi dengan lebih lancar.

Namun, teknologi 4G sebelum ini masih lagi perlu diperbaiki kerana kadang kala ada juga masalah pada rangkaiannya. Oleh sebab itu, rangkaian 5G memainkan peranan yang penting untuk kita dapatkan pengalaman berkomunikasi dengan lebih baik, dan anda akan dapat merasai perubahannya apabila menggunakan data 5G daripada Unifi Mobile.

Dengan melanggan pelan pascabayar atau prabayar Unifi Mobile, anda dapat menikmati komunikasi yang lebih lancar, internet yang lebih pantas, panggilan video yang lebih jelas dan tiada lagi masalah lengah masa kerana semua interaksi berjalan secara masa nyata. Ditambah pula dengan rangkaian 5G, tentunya skrin telefon anda tidak lagi statik kerana capaian internet lebih stabil dan berkualiti. Daftar sekarang untuk menikmati data 5G tanpa had secara percuma sehingga 31 Disember 2022.

4. Membantu Perniagaan Untuk Berkembang Seiring Dengan Arus Pemodenan

Seiring dengan arus pemodenan hari ini, kita dapat lihat bagaimana internet dan teknologi hari ini membantu perniagaan agar menjadi lebih sistematik melalui proses digitalisasi. Bukan sekadar membantu dari segi pengurusan, teknologi 5G juga dilihat dapat membantu melaksanakan strategi pemasaran yang lebih mampan dan berkesan seperti membuat pemasaran di media sosial.

Jika anda mempunyai perniagaan dan ingin menaik tarafkan struktur perniagaan agar menjadi lebih baik, anda boleh melanggan pelan tanpa had daripada Unifi Mobile Biz. Melalui pelan ini, anda boleh menikmati data 5G, panggilan, mesej tanpa had dengan sokongan hotspot 10GB LTE pada harga hanya RM59 setiap bulan untuk pelanggan sedia ada Unifi Biz dan RM79 bagi anda yang bukan pelanggan Unifi Biz dan Unifi Biz Broadband.

5. Tiada Lagi Jurang Digital Antara Bandar Dan Luar Bandar

Sebelum ini, kita dapat lihat bagaimana situasi sesetengah rakyat Malaysia di kawasan luar bandar yang terkesan akibat adanya jurang digital. Jika anda pulang ke kampung atau bercuti di kawasan luar bandar, anda berkemungkinan tidak dapat mengakses internet yang stabil. Tambah lagi kalau anda perlu menghantar tugasan pada waktu genting. Tentunya ia akan menambahkan stress lagi.

Oleh sebab itu, dengan rangkaian 5G ini ia dilihat akan membantu untuk merapatkan lagi jurang digital antara bandar dan luar bandar dengan capaian internet yang lebih baik, laju dan stabil. Melalui pelaksanaan 5G ini, kes seperti Veveonah yang merupakan penduduk luar bandar perlu memanjat pokok semata-mata untuk menghadiri kelas atas talian akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, teknologi 5G yang dilaksanakan hari ini akan memberikan kita lebih banyak kebaikan. Tawaran daripada Unifi Mobile dilihat dapat membantu Malaysia agar dapat merapatkan jurang digital antara setiap kawasan di seluruh Malaysia. Kini dengan adanya rangkaian 5G, kebanyakan filem-filem yang berkisarkan teknologi masa hadapan seperti Back To Future telah hampir menjadi realiti dimana semua peranti dapat berhubung dengan lebih lancar antara satu sama lain. Ditambah pula jika anda melanggan Unifi Mobile, ia sedikit sebanyak dapat membantu kita semua untuk merasai perubahan ketara apabila menggunakan rangkaian 5G ini di Malaysia.

Penafian : Advertorial daripada Unifi

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd