#LG

LG Memperkenalkan Paparan Skrin Gaming OLED Bersaiz 27 Inci Dengan Kadar Segar Semula 240Hz

Diterbitkan pada Nov 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan pelancaran siri kad grafik AMD dan NVIDIA yang terbaru, banyak telah diperkatakan mengenai bagaimana fokus gaming komputer kini semakin beralih kepada resolusi-resolusi tinggi seperti 4K dan 8K.

Walaupun begitu, LG, salah sebuah syarikat teknologi Korea Selatan yang cukup terkenal untuk penawaran paparan mereka telah mengumumkan paparan skrin gaming LG Ultragear OLED terbaru mereka yang hadir dengan saiz 27 inci.

Dari segi resolusi, paparan skrin Ultragear OLED ini menggunakan panel OLED, yang mana ia bukanlah sesuatu yang selalu dilihat khususnya pada saiz ini. Ia juga tampil dengan resolusi QHD (2560×1440) dan kadar segar semula 240Hz yang menjaminkan pengalaman gaming yang sangat baik.

Dari segi sokongan teknologi, LG Ultragear OLED ini menyokong teknologi paparan AMD FreeSync Premium dan juga NVIDIA G-SYNC untuk pengalaman gaming yang tiada isu carikan grafik di paparan. Untuk olahan warna yang lebih cantik, paparan ini juga menyokong teknologi HDR10.

Paparan ini juga tampil dengan penawaran dua palam HDMI dan satu palam DisplayPort. Spesifikasi khusus untuk palam-palam ini tidak disahkan lagi, tetapi ia dijangka ialah palam HDMI 2.1 dan juga DisplayPort 1.4a.

Tanda harga paparan LG Ultragear OLED ini ditetapkan pada $999 pada laman web LG USA, tetapi belum dijual lagi buat masa ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami