SKMM : Pengguna Diingatkan Tidak Bangkitkan Sentiman Kebencian Dan Provokasi Pada Media Sosial

Diterbitkan pada Nov 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini mengingatkan orang ramai supaya terus berhemah serta menjauhkan diri daripada memberikan pandangan berbaur kebencian – terutamanya melibatkan kaum dan agama.

SKMM terus akan meneruskan pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih, serta kenyataan bersifat jelik melibatkan raja, agama dan kaum.

Orang ramai diingatkan, perkongsian kandungan bersifat palsu dan jelik adalah satu kesalahan, dan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Semua pihak juga diminta terus menghormati keputusan pilihan raya dan pemilihan Perdana Menteri.

komen


© Amanz / 2022 Kami