Butiran Tablet Samsung Galaxy Tab S8 FE Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Nov 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nama Samsung sememangnya tidak asing lagi dalam penawaran tablet. Sehingga kini, mereka telah hadir dengan pelbagai variasi tablet yang mempunyai fokus tersendiri, baik untuk bekerja mahupun pembelajaran. Terkini, butiran mengenai tablet akan datang Samsung telah ditemui menerusi ciapan Roland Quandt di Twitter.

Ia menunjukkan sebuah tablet dengan kod nombor SM-X506B dan kod nama Birdie yang pernah tertiris melalui Geekbench pada September lalu. Dalam masa sama, Roland menyatakan ia kelak dipasarkan sebagai Galaxy Tab S8 FE. Berbeza dengan beberapa model dalam siri yang sama, tablet ini dikhabarkan hadir dengan skrin sejenis LCD sekaligus boleh menjadi variasi dengan harga jualan lebih rendah kelak. Dalam pada itu, ia juga dikatakan mempunyai sokongan stylus Wacom secara terbina.

Tiada maklumat mengenai perkakasan dalaman yang dikongsi. Namun menurut jangkaan awal, ada kebarangkalian ia dijana dengan MediaTek Kompanio 900T yang turut menyokong rangkaian 5G terbina.

komen


© Amanz / 2022 Kami