Cari @ Amanz

Apabila membeli telefon pintar, ramai antara kita turut membeli aksesori dan juga turut menghiasinya, mencerminkan keperibadian. Malah pasaran aksesori juga tidak kurang hebatnya, dan terdapat pelbagai pencipta aksesori akan muncul dengan tawaran tersendiri.

Dan untuk telefon pintar paling bergaya dari Samsung, iaitu Galaxy Z Flip4, Samsung turut menyertakan pilihan aksesori iaitu Bespoke Edition.

Apa Itu Bespoke Edition ? 

Bespoke Edition merupakan salah satu siri khas untuk sebarang peranti Samsung yang menekankan kepada gaya dan citarasa. Dan lebih menarik lagi, untuk kali pertama pada tahun ini Samsung Malaysia telah menawarkan Bespoke Edition untuk Galaxy Z Flip4.

Menerusi pilihan ini, pengguna boleh memilih untuk menukar warna panel yang terdapat pada Galaxy Z Flip4, dengan 3 bahagian yang boleh ditukar iaitu panel belakang bawah dan atas dengan 5 pilihan warna, dan juga bahagian bingkai dan engsel yang terdapat dalam 3 pilihan warna. 

Kesemua pilihan ini menjadikan sehingga 75 kombinasi warna yang boleh dipilih oleh pengguna, dan ditawarkan pada harga RM 4,599 dengan pilihan kapasiti hanya 256GB. Ia boleh dilakukan menerusi pesanan di laman rasmi Samsung, dan akan diterima dalam masa 4-6 minggu. 

Aksesori Berpadanan Dan Memikat

Seperkara lagi mengenai Samsung adalah mereka turut konsisten dalam menawarkan pelbagai aksesori yang berpadanan dan mempunyai kegunaannya tersendiri. Terdapat sehingga 4 kerangka luaran ditawarkan, dengan kerangka kulit pada harga RM 379, dan juga kerangka lutsinar dengan gelung pada harga RM 129.

Ini sekaligus membolehkan anda melakukan pelbagai kustomasi, yang menyerlahkan keperibadian anda serta citarasa yang tersendiri. 


Untuk masa terhad sehingga 31 Disember ini, sebarang pembelian Galaxy Z Flip4 turut menawarkan hadiah percuma yang terdiri dari jam Galaxy Watch4 bernilai RM 799, serta jaminan Samsung Care+ selama setahun. 

Jika anda mencari peranti bergaya, dengan spesifikasi menarik, Galaxy Z Flip4 boleh menjadi milik anda.

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd