Vivo X90 Pro+ Diperkenal Dengan Snapdragon 8 Gen 2, Kamera Dengan Sensor 1 Inci, UFS 4.0

Diterbitkan pada Nov 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo hari ini memperkenalkan telefon pintar mercu mereka yang terbaru dengan pelbagai spesifikasi terkini, iaitu Vivo X90 Pro+. Telefon ini adalah yang paling berkuasa dibawah siri Vivo X90.

Vivo X90 Pro+ hadir dengan skrin 6.78-inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Menariknya, ia hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang telah diperkenalkan baru-baru ini, sekaligus menjadikan Vivo antara yang terawal memperkenalkan dengan cip berkenaan.

Satu lagi ciri menarik pada telefon pintar ini selain spesifikasi adalah keupayaan kamera. Vivo X90 Pro+ hadir dengan sensor kamera bersaiz 1-incin dari Sony, menggunakan sensor Sony IMX989. Disamping itu, ia juga turut hadir dengan penjenamaan Zeiss. Sensor utama ini turut membawa bukaan sebesar f/1.75.

Melengkapkan penawaran kamera telefon ini adalah dua lagi kamera telefoto – yang membawakan keupayaan zum optikal 3.5x, serta zum digital 100x. Disamping itu, Vivo juga menyertakan sebuah sensor 50MP lensa potrait pada bahagian belakang.

Kamera Vivo X90 Pro+ ini hadir dengan keupayaan rakaman video 8K pada kelajuan 30fps. Untuk rakaman hadapan, ia menyertakan sensor swafoto 32-megapixel. Pemprosesan gambar dan video pula diuruskan melalui cip Vivo V2 ISP yang terbaru.

Menariknya juga, Vivo X90 Pro+ hadir dengan sokongan storan UFS 4.0, selain penyejukan yang baik untuk memastikan anda boleh rakam video tanpa masalah kepanasan.

Akhir sekali, melengkapkan telefon ini adalah bateri 4700mAh dengan sokongan pengecasan 80W berwayar, atau 50W nirwayar.

Buat masa ini, Vivo baru sahaja mengumumkannya untuk pasaran China, dimana ia ditawarkan pada harga bermula 6400 Yuan, iaitu sekitar RM4169.

komen


© Amanz / 2022 Kami